Ikan berparuh

Ikan berparuh[1]
Julat fosil:
Ikan berparuh terbesar, mersuji atlantik biru seberat 820 kg (1800 lb) dan telah dikelaskan sebagai spesies terjejas.[2][3]
Ikan berparuh terbesar, mersuji atlantik biru seberat 820 kg (1800 lb) dan telah dikelaskan sebagai spesies terjejas.[2][3]
Pengelasan saintifik
Kumpulan termasuk
Kumpulan tidak termasuk

Ikan berparuh ialah kumpulan ikan pemangsa air masin yang dicirikan dengan paruh (rostrum) tajam yang ketara, dan saiznya yang besar; beberapanya lebih panjang daripada 4 m (13 ka). Ikan berparuh yang masih wujud merangkumi layaran dan mersuji, yang membentuk keluarga Istiophoridae; dan suji todak, ahli tunggal keluarga Xiphiidae.

Ikan berparuh ini pelagik dan berhijrah tinggi, dan dijumpai di semua lautan,[4] biarpun ia kerap mendiami perairan tropika dan subtropika; suji todak pula turut dijumpai di perairan iklim sederhana. Ikan berparuh menggunakan paruh atas bak pedangnya untuk menebas dan menggamamkan mangsa sewaktu mencari makan. Paruhnya pun boleh dipakai untuk menusuk mangsa, dan diketahui pernah menusuk perahu (mungkin secara tidak sengaja), tapi ia tidak biasa digunakan sebegitu. Ia sangat dihargai sebagai ikan permainan oleh nelayan sukan.

  1. ^ Zahaitun, M.Z. "CADANGAN KERJASAMA KEMPEN SELAMATKAN IKAN BERPARUH SEMPENA ROYAL PAHANG BILLFISH INTERNATIONAL CHALLENGE 2016". Universiti Malaysia Terengganu. Dicapai pada 15 Disember 2023. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Makaira nigricans Diarkibkan 29 November 2016 di Wayback Machine bioSearch. Updated: 20 Januari 2011.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IUCNMMnigricans
  4. ^ Ken Schultz: Ken Schultz's Fishing Encyclopedia. 1999. "http://www.gofishn.com/content/billfish# Diarkibkan 7 Mac 2012 di Wayback Machine"

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search